Join The Community

Premium WordPress Themes

Tuesday, September 13, 2011

10 Teori Konspirasi Amerika Dalang Tragedi 11 September


11/9/2001

MEGAH... menara baru Freedom Tower dalam proses pembinaan di bekas tapak WTC.

Dunia sedang memperingati ulang tahun ke-10 serangan 11 September 2001. Ia membabitkan empat serangan serentak terhadap sasaran di New York dan Washington DC, Amerika Syarikat (AS). Anggota al-Qaeda didakwa merampas empat pesawat dan menggunakan dua daripadanya untuk merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Kedua-dua menara itu musnah sama sekali dalam masa dua jam.


Pesawat ketiga digunakan untuk merempuh Pentagon di Arlington, Virginia. Apabila penumpang cuba menguasai pesawat keempat, Penerbangan 93 United Airlines, ia terhempas di kawasan lapang berhampiran Shanksville, Pennsylvania, menghalangnya daripada sampai ke sasaran di Washington,DC. Hampir 3,000 orang terbunuh dalam serangan itu.

Namun selepas 10 tahun, masih ramai percaya kejadian itu adalah konspirasi membabitkan ejen Israel dan kerajaan AS. Al-Qaeda serta-merta menjadi suspek. Ketuanya, Osama Laden, yang mulanya menafikan terbabit, kemudian mendakwa bertanggungjawab. Alasan serangan itu ialah tentangan mereka kepada sokongan AS terhadap Israel, kehadiran tentera AS di Arab Saudi dan sekatan terhadap Iraq. Mei lalu, komando tentera AS mendakwa menembak mati Osama di Pakistan selepas bertahun-tahun memburu dan cuba membunuhnya. Mayatnya dicampakkan ke laut. Dalam kajian pendapat di 17 negara mengenai kejadian itu, sejumlah responden percaya AS menjadi dalang utama di sebalik serangan itu. Tujuh peratus responden menyalahkan Israel, manakala angka sama turut percaya individu lain selain daripada Osama dan al-Qaeda menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Berikut ialah 10 teori konspirasi yang dirumuskan mereka :



1. MEREKA TAHU LEBIH DULU


Sejurus selepas serangan itu, Presiden George W Bush berkata: “Tidak ada siapa dalam kerajaan AS dan kerajaan sebelum ini pernah terfikir untuk merempuh pesawat pada bangunan.” Hanya beberapa minggu sebelum itu, ketika Bush dan pemimpin dunia lain berbincang pada persidangan tahunan G8 di Genoa, Itali, perancang keselamatan melakukan persediaan untuk menghadapi serangan seumpama itu.Peluru berpandu anti-pesawat ditempatkan berhampiran Genoa kerana Itali menerima ancaman bahawa pesawat akan digunakan sebagai senjata bagi membunuh pemimpin G8. Markas Pertahanan Angkasa Lepas Amerika Utara (Norad) menjalani latihan bagi menghadapi keadaan seumpama itu.



2. LETUPAN YANG TERKAWAL


Ahli teori konspirasi, termasuk ahli fizik dan jurutera perisian, percaya bangunan berkembar WTC runtuh akibat letupan yang terkawal, bukan angkara dirempuh pesawat. Pendapat itu diluahkan berikutan fakta bahawa dua menara itu runtuh secara teratur hingga ke dasarnya, berbanding hanya bahagian atas menara yang musnah.

Kumpulan ahli teori itu percaya sejumlah besar bahan letupan disembunyikan dalam kedua-dua menara itu dan cerucuk keluli yang menyokong bangunan itu dipotong terlebih dulu, membolehkan bangunan berkenaan runtuh pada tapaknya. Dan berikutan langkah keselamatan ketat di tapak bangunan itu selepas ia runtuh, bahan bukti kemudian dapat dialihkan dan dihantar untuk dikitar semula.


3. ORANG DALAM BURSA SAHAM MERANCANGNYA


Sebelum insiden serangan 11 September, berlaku beberapa siri perdagangan saham yang luar biasa di kalangan syarikat yang menerima kesan negatif dan positif akibat serangan itu. United Airlines dan American Airlines, yang kedua-duanya hilang pesawat dalam serangan, dijual begitu banyak sebelum serangan. Tiada syarikat penerbangan AS lain dilihat mengalami kegiatan saham seperti dua syarikat berkenaan.

Saham syarikat pertahanan yang mendapat faedah berikutan tindak balas agresif ketenteraan turut memperoleh banyak belian pada minggu sebelum serangan. Morgan Stanley yang beribu pejabat di WTC adalah syarikat yang banyak membuat jualan saham. Begitu juga dengan syarikat insurans.

Malah, Suruhanjaya Sekuriti dan Saham AS melancarkan siasatan terhadap kegiatan Wall Street sebelum serangan berlaku.

4. MENAHAN KEMARAAN PESAWAT


Norad mempunyai sistem maklumat canggih mengenai rampasan pesawat itu tetapi mengarahkan juruterbang mereka supaya tidak bertindak atau sengaja melengahkan tindakan supaya tidak dapat menghalang pesawat yang dirampas itu daripada tiba ke sasaran mereka.

Sudah pasti Norad yang bertanggungjawab ke atas pertahanan udara mampu mengesan pesawat penumpang yang besar dan berat.

Bukankah mereka mempunyai sistem radar paling canggih? Jadi, mengapa mereka tidak bertindak sewajarnya dan menghalang tragedi itu daripada berlaku? Dan mengapa dua jet diarah keluar dari ruang angkasa tentera di ruang udara Long Island ketika Bandar Raya New York diserang?


5. ‘PESAWAT’ PENTAGON


Ahli teori konspirasi berkata, Pentagon tidak diserang pesawat penerbangan American Airlines 77. Bangunan pertahanan paling selamat di dunia itu mempunyai sejumlah besar kamera yang mengawasi keadaan sekitarnya. Namun, tiada satu pun daripada kamera berkenaan dapat menangkap imej pesawat itu. Malah, ia mungkin peluru berpandu yang dilepaskan penyangak kerajaan AS.

Dan lubang akibat serangan pesawat itu hanya seluas 20 meter, sedangkan panjang sayap Boeing 757 adalah 40 meter dari hujung ke hujung. Lubang yang berlaku di Pentagon juga terlalu kemas dan bangunan itu hanya rosak sedikit, seolah-olah ia bukan kesan serangan pesawat yang dipandu laju. Ia adalah hasil tembakan peluru berpandu.


6. KOTAK HITAM


Semua pesawat yang digunakan dalam serangan itu membawa dua kotak hitam. Laporan rasmi insiden serangan 11 September berkata, tiada satu pun daripada empat kotak hitam dua pesawat yang merempuh menara berkembar WTC dapat diselamatkan kerana musnah terbakar. Namun, dua lelaki yang bekerja di kawasan kejadian berkata, mereka membantu ejen persekutuan menyelamatkan tiga daripada empat kotak hitam itu.

Kotak hitam dalam pesawat yang menyerang Pentagon dikatakan musnah teruk dan maklumat mustahil diperoleh. Hanya kotak hitam pesawat penerbangan United 93, di mana penumpang dan kru kabin dikatakan melawan perampas pesawat hingga menyebabkan ia terhempas di ladang jagung di kawasan luar bandar Pennsylvania, ditemui.


Namun, ia mengambil masa tujuh bulan sebelum keluarga dapat mendengar pita rakaman dan lima tahun enam bulan sebelum ia dikemukakan dalam perbicaraan orang yang digelar perampas ke-20.


7. MENYALAHKAN CIA DAN MOSSAD


Seorang bekas Presiden Itali merangsang lagi teori konspirasi apabila berkata, semua anggota parti pembangkang Itali tahu Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ejen perisikan Israel, Mossad adalah dalang serangan itu dan menjadikan militan Islam sebagai kambing hitam.

Ia membolehkan AS memberi sokongan penuh dan berterusan kepada Israel. Sementara itu, bekas ketua agensi Perisikan Pakistan (ISI) mendakwa, pihaknya mempunyai maklumat mengenai serangan itu dan tahu CIA bekerjasama dalam Israel untuk melancarkan serangan.

Dan serangan itu adalah peluang paling sempurna untuk Zionis menguasai hal-ehwal dunia sebagai membalas dendam.


8. BUKAN ANGKARA PESAWAT


Pesawat Boeing yang digunakan dalam serangan itu sebahagian besarnya diperbuat daripada aluminium dan secara fizikalnya, mustahil ia boleh menyebabkan kemusnahan sebagaimana berlaku di WTC dan Pentagon. Menurut video ahli teori terbabit yang tersebar di Internet, serangan itu dilakukan menggunakan peluru berpandu dengan kesan hologram.

Teori mereka disokong analisis secara berperingkat serangan ke atas menara berkembar WTC. Paparan video itu menunjukkan objek berbentuk cerut dan bukan pesawat. Tambahan pula, bahang disebabkan oleh minyak pesawat tidak mungkin cukup panas untuk mencairkan cerucuk keluli yang menyokong bangunan menara berkembar itu.


9. ISU TENAGA MINYAK YANG BERAKHIR DENGAN BAIK


Harga minyak berikutan peristiwa serangan 11 September menunjukkan penurunan disebabkan pengeluaran secara berlebihan dan penemuan telaga minyak baru. Namun, isu serangan dramatik di AS dan menyalahkan militan Islam atas apa yang berlaku memberi kesan jangka panjang terhadap harga minyak.

Dengan pergolakan yang berlaku di Asia Barat, tindakan ketenteraan AS akan melindungi hasrat strategik mereka untuk menguasai minyak di negara berkenaan. Lagi pun, siapa selain AS mampu merancang serangan seumpama itu.


10. TERSELAMAT DARIPADA TRAGEDI


Ahli teori hairan dengan kisah seorang anggota bomba yang terselamat selepas jatuh dari tingkat 82 runtuhan menara utara dengan memegang sisa runtuhan ketika ia jatuh di besi pasak bangunan itu. Satu lagi kisah menceritakan seorang kakitangan syarikat kewangan yang gemarkan sukan luncur, meluncur di atas sisa runtuhan dengan selamat apabila bangunan itu runtuh.


IMBAS KEMBALI... suasana ketika serangan terhadap WTC New York.


Sumber : Harian Metro 

Monday, September 12, 2011

Yasmin Hani Enggan Dedah Tarikh Nikah

Selebriti lain bagaikan berlumba-lumba mengumumkan tarikh pernikahan atau perkahwinan mereka, tetapi lain pula halnya dengan pelakon dan pengacara seorang ini. Walaupun didesak beberapa kali, Yasmin Hani tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan tarikh pernikahannya. Jelas Yasmin, dia terpaksa merahsiakannya kerana ingin menjaga hati ramai pihak.

“Saya tidak mahu ada pihak yang terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri perkahwinan saya. Jadi lebih baik saya tidak umumkan tarikh perkahwinan itu. Macam yang pernah saya katakan sebelum ini, majlis itu nanti hanya diadakan secara sederhana. Jadi, hanya saudara-mara terdekat dan rakan-rakan rapat sahaja yang dijemput. Saya cuma boleh berkata majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung pada bulan Oktober hadapan,” ulas Yasmin Hani yang ditemui ketika sambutan rumah terbuka Celepets petang kelmarin.

Walaupun enggan mengumumkan tarikh pernikahannya dengan Shahrin Blackrose, Yasmin tidak pula lokek bercerita tentang persediaan perkahwinannya itu. Menurut selebriti berdarah kacukan ini, setakat ini semua persiapan berjalan dengan lancar.

“Untuk majlis pernikahan nanti saya akan mengayakan sepasang busana Off White dari Qamilla, SACC Mall, Shah Alam. Manakala untuk majlis resepsi di sebelah malamnya, saya akan menggayakan busana rekaan Hatta Dolmat. Juga berwarna Off White. Untuk merakamkan detik-detik manis majlis itu nanti, saya telah lantik Avicenna Studios sebagai jurufoto dan juruvideo rasmi,” ujar Yasmin Hani yang memilih tema perkahwinan dalam taman untuk majlis resepsi yang akan berlangsung di Dutchess Place, Jalan Ampang itu.

Buat yang masih tidak jelas tentang jejaka pilihan Yasmin Hani, ingin GUA maklumkan sekali lagi bahawa Yasmin Hani bakal menamatkan zaman solonya bersama Sha'arin Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Shahrin Blackrose. Sebelum ini Shahrin pernah berkahwin dengan aktres Ida Nerina pada 2 Jun 2006 dan disahkan bercerai pada 13 Disember 2010.

Perkahwinan Shahrin dan Ida Nerina tidak dikurniakan cahayamata. Bagaimanapun, Shahrin mempunyai dua orang anak, Narissa, 15, dan Arman, 9, dari perkahwinan pertamanya.



SUMBER : GUA.com

Saya Berani Junjung Al-Quran Dan Bersumpah Kenyataan Adda Tidak Benar -Mamat Sepah

Kalau dah sampai berani bersumpah dan menjunjung Al Quran, kemungkinan besar tuduhan yang dilemparkan oleh Adda kepada Mamat Sepah semalam adalah tidak benar. Tapi zaman sekarang nie semua benda manusia boleh buat untuk membenarkan apa yang salah. Tak gitu?

mamat sepah

Semasa diminta mengulas tentang tuduhan Adda oleh Mstar, Mamat Sepah berkata:-

Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan. Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan

Malah Mamat sempat menasihatkan Adda tidak lagi membesarkan perkara yang telah berlalu. Dalam erti kata lain, jangan menjadi loser.

Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi.

mamat sepah
Berkenaan tuduhan dia menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah, Mamat berkata keputusan tersebut bukan diambil oleh dirinya sendiri tetapi diambil selepas berbincang bersama Jepp dan Shuib.


SUMBER : BEAUTIFUL NARA

Optimus Sol smartphone

LG introduces "no-nonsence" Optimus Sol smartphone


Capt8

LG Optimus Sol (LG-E730)

LG Electronics´ latest addition to the Optimus smartphone series, the LG Optimus Sol (LG-E730), is named for its high clarity display.

Running on the Android 2.3 Gingerbread platform, the LG Optimus Sol offers 9.8mm slimness with a 3.8-inch "Ultra AMOLED" display. According to LG, the new and improved Ultra AMOLED display comes with a superior color gamut and has a two-fold advanced reflection rate compared to standard AMOLED displays.

"The Optimus Sol stands out from its competitors as the most affordable 1 GHz Android Smartphone with an AMOLED display," said Jong-seok Park, President and CEO of LG Electronics Mobile Communications Company.

"By introducing a no-nonsense phone that boasts one of the best displays on the market, we think we have a real winner for consumers looking for a subtle but visually stunning phone."

The Optimus Sol also includes a 5.0MP camera, DLNA and Wi-Fi Direct connectivity.

Other features include enhanced Flash 10.1 and an enhanced idle-based power management system that boosts battery life by 20 to 30 percent. With the Dark UI selected, the Optimus Sol utilizes less white light in order to extend the battery life performance.

The Optimus Sol will be available in black, titan and white, availability depending on the region.



Read more: http://gadgets.emedia.com.my/product.php?id=1602#ixzz1XnpdQAVe

Samsung Galaxy S2 Smartphone

Review: Samsung Galaxy S2 Smartphone


Capt8

Samsung Galaxy S II
RM 2,099
Price Updated 22 Jun 2011


There seems to be many "highly anticipated" smartphones of late as the general public wait with bated breath for the latest and greatest from the rivalling factions that race to out-perform each other.

From the brand that started the "i-volution" to Korean innovators and even the Chinese upstarts, there are just too many upcoming models and brands in the market to keep up.

One of the latest to come out of the woodwork and had attracted loads of attention was the Samsung Galaxy S2 smartphone. Besides a more powerful dual-core processor, higher memory space and RAM, larger AMOLED Plus screen, and an overall bigger yet slimmer chassis, the S2 takes the perfect benchmarks of the original Galaxy S and catapulted it to greater heights.

Having faster processing speeds and improved RAM and memory management gave the S2 the operating prowess it needed to process anything and everything HD. From pictures to movies and everything in between (this includes raw HD), the Super AMOLED Plus touch-screen displays it all in amazing colours and detail, giving users a great reason to stare at the S2 all day.

Complementing the great display and HD rendering abilities of the S2 is its audio-playback capabilities. In this case, this new device from Samsung is able to recognise and process lossless formats as well, which includes AAC+ and FLAC. This is to ensure that the Full HD videos being played on the S2 also have the best sound quality.

The S2’s basic features were excellent and showed no sign of performance lag even when multiple apps were used. Incoming calls were crisp and clear while the loudspeaker, which was located on the bottom underside, did not disappoint as it is able to produce exceptional sound clarity. Apps, both light- and heavy-weights, loaded on the fly with no problems whatsoever.

Messaging on the S2 was a pretty interesting affair, after taking some time to get used to the soft-keyboard, as it offers a variety of messaging features and writing options. While it is easy for anyone to quickly adapt to the soft-keys of the S2, the keyboard layout could definitely be better in terms of spacing and location of common punctuations. The location and need for extra steps to access certain punctuations slightly hampered the overall usability of the soft-keyboard.

In terms of multimedia capabilities, the S2 has it all in spades! Besides its HD-playback and recording capabilities, Samsung’s most powerful smartphone yet (not including the powerful devices that are being introduced at an upcoming mobile expo) has a very capable camera with LED flash, enhanced web-multimedia capabilities, innovative integrated app hubs, and improved in-built apps that come pre-installed in the device.

The 8MP camera with LED flash is a personal favourite and did no wrong throughout its rigorous tests, producing decent results overall for macro, dark, and day-time shoots. As for the integrated app hubs, which are divided into four categories: music, social, readers, and games, work best for those who need a simple yet intuitive app management system.

The in-built apps were a dream to use, such as the integrated task manager and wireless connectivity suite that the S2 utilises. However, the frequently used apps bar at the bottom of the Home area tends to disappear if a few heavy apps are left running for too long. It could be a bug as it is only this S2 review unit that seems to be experiencing such a problem.

Like all smartphones, the S2 runs very hot, very quickly. Thankfully, the mesh back-plate and super-slim chassis helps with dissipating heat pretty quickly. If this was not implemented in the design, many would have dropped it like a real hot-potato!

Whatever faults it has, the Samsung Galaxy S2 is still one smartphone that can, and has many times over, taken on the market´s current best. This, of course, includes the brand that uses an i-prefix on its devices. In fact, it is safe to declare this device as the one to beat in terms of performance, offerings, and capabilities...for now.



Read more: http://gadgets.emedia.com.my/product.php?id=1611#ixzz1XnpFpVSQ

Sony Ericsson Live

Sony Ericsson Live with Walkman offers social music experience for smartphone



Capt8

Sony Ericsson Live with Walkman




Sony Erricson has come up with an Android smartphone, the Sony Ericsson Live with Walkman, that comes with a Deep Facebook integration and also a Media Discovery application for an easier connection to friends, photos, music and videos.
The Deep Facebook integration allows users to instantly access Facebook through the most used areas of the phone, such as the picture gallery, music player, phonebook and calendar.

Meanwhile, the Media Discovery application places the world of music and videos at the user´s fingertips, including Facebook recommendations from friends.
The phone also has an Infinite button that allos users to have instant access to new content about their favourite artist, such as music videos, artist information and lyrics search, when used within the media player. Additionally, the TrackID feature can identify the music track that you are listening to within the FM radio and music player. The track can then be shared or downloaded.

Peter Ang, Sony Ericsson Hub General Manager, Singapore - Malaysia, said: "Consumers want smartphones to deliver a rich and social entertainment experience. The Sony Ericsson Live with Walkman provides the best in communications entertainment, in a powerful package with great style. With deep Facebook integration, users now have the ability to share and connect with their friends seamlessly."

With a 1GHz processor, the smartphone has a curved design, a glossy finish and a a 3.2-inch display. There is also a 5-megapixel rear camera that can capture 720p HD videos as well as a front-facing camera. On the other hand, Sony´s xLOUD technology enhances audio output of the inbuilt speakers at high levels.

Sony Ericsson Live with Walkman will be available globally in selected markets from Q4 2011.



Read more: http://gadgets.emedia.com.my/product.php?id=1603#ixzz1Xno02jhG

Mesranya Fasha Sandha & Johan Asari


Mesra sungguh nampaknya Fasha Sandha dan Johan Asari. Kedua-dua pelakon hebat ini digandingkan bersama dalam Cinta Elysa, sebuah drama bersiri terbaru yang akan ditayangkan di slot Lestary TV3 mulai 13 September ini.
Mengisahkan Aril (Johan As’ari) seorang anak yatim piatu yang membesar tanpa kasih sayang telah menjadi seorang pemuda bermasalah yang terlibat dengan kegiatan samseng. Selepas disisihkan oleh keluarga sebelah ibu ekoran pelbagai masalah yang ditimbulkannya, akhirnya bapa saudara sebelah bapanya, Jasman (Dato’ Jalaluddin Hassan) telah membawanya pulang dan masih menaruh harapan kepada Aril untuk berubah.

Isteri Jasman, Yasmin (Zila Bakarin) sangat bencikan Aril dan sering melemparkan kata-kata nista kepadanya. Anak-anak lelakinya, Khairul dan Imran juga memusuhinya. Hanya anak sulungnya, Elysa (Fasha Sandha) yang masih menegur Aril. Namun sebenarnya, Elysa agak gugup berhadapan dengan Aril kerana sudah mendengar macam-macam perkara buruk tentang dirinya.

Aril telah didaftarkan di kolej yang sama dengan Elysa dan diberikan tanggungjawab untuk menjaganya. Aril sering melepaskan kemarahannya kepada Elysa lebih-lebih lagi selepas Elysa jatuh di kolej dan kakinya cedera. Aril menganggap Elysa sebagai beban dan suka menyusahkannya.

Aril berada dalam dilema apabila diamanahkan oleh Jasman untuk menjaga keluarga kerana anak-anaknya masih bersekolah. Jasman telah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Aril cuba mengikut amanat tetapi kebencian Yasmin menjadikan tanggungjawabnya amat sukar dilaksanakan. Hanya cintanya pada sepupunya Elysa menjadi inspirasi dan memberi kekuatan kepadanya untuk tidak meninggalkan rumah itu.

Apabila Aril dihalau keluar dari rumah oleh Yasmin, Aril nekad membawa Elysa yang masih cedera lari bersamanya. Aril kembali menjalani kehidupan sebagai samseng untuk mencari duit demi kehidupannya dan menyembuhkan Elysa. Elysa menyangka Aril melarikannya kerana mahu membalas dendam kepada ibunya. Selepas teguran Elysa, Aril mencari rezeki halal demi Elysa.

Aril dan Elysa menyamar sebagai pasangan suami isteri di sebuah kampung. Mereka mendapatkan pengamal perubatan tradisional, Mak Jah untuk mengubati Elysa. Namun perlakuan mereka menimbulkan syak wasangka Mak Jah dan rahsia mereka terbongkar. Mak Jah menasihatkan mereka untuk berkahwin. Hati Aril berbelah bagi tetapi Elysa akur untuk mengelakkan dosa. Aril berjanji bahawa akan menceraikan Elysa selepas Elysa boleh berjalan semula. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

Bagi peminat slot Lestary, drama bersiri romantis ‘Cinta Elysa’ akan disiarkan mulai 13 September 2011, setiap hari Selasa jam 9.00malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.


AGAK JELES LA AKU TENGOK SI BOTAK NIE....hehe

SUMBER : GUA.COM

Sunday, September 11, 2011

Percanggahan Pendapat

Salam kepada pembaca2 semua...
saya ada terbaca di GEMPAK.ORG satu entry yang agak berbaur....
bukan sebagai professional atau golongan cendiakawan yang layak...
tetapi saya rasa turut terpanggil ntuk memberikan hujah...
maaf kepada golongan yang lebih tua...
entry dia berbunyi seperti ini...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Kupasan yang menarik dari Dr Asri.


2. Mungkin terkena pada batang hidung sendiri s/a penyokong BN,PR atau BEBAS.

3. Memerlukan kesabaran tahap max untuk membacanya. 




VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIKProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(sertai facebook DrMAZA.com)
Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.
Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.
Samada PAS, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.
Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

- Gambar Hiasan
Aib Peribadi



Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.

Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.
Firman Allah(maksudnya):
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).

Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.


Bukan Bukti Asas



Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:
“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”
Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).




Berbeza Dengan Kes Kezaliman



Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.
Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.
Firman Allah: (maksudnya)
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).


Tidak Perlu Suruhanjaya



Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.
Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).
Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…
Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).


Ingatan



Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit Generasi Baru!



Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan ****h ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton ****h’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita ****h seperti ini!

Bagi saya...rakyat yang berada dibawah perlulah diberi pilihan untuk memilih...
pilihan yang bagaimana?
rakyat perlu memilih PEMIMPIN yang berwibawa...


Ciri-ciri Pemimpin Menurut Islam.


1. NIAT YANG IKHLAS

Apabila menerima suatu tanggung jawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dgn mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.

2. LAKI-LAKI

Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda,”Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).

3. TIDAK MEMINTA JABATAN

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu,”Wahai Abdul Rahman bin samurah! Janganlah kamu meminta utk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kpd kamu krna permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kpd kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. BERPEGANG DAN KONSISTEN PADA HUKUM ALLAH.

Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin.Allah berfirman,”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan jgnlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49).
Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkn drp jabatannya.

5. MEMUTUSKAN PERKARA DENGAN ADIL

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerusmuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

6. SENANTIASA ADA KETIKA DIPERLUKAN RAKYAT

Hendaklah selalu membuka pintu utk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorg pemimpin atau pemerintah yg menutup pintunya trhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).

7. MENASIHATI RAKYAT

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorg pemimpin yg memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mrk, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mrk (rakyatnya).”

8. TIDAK MENERIMA HADIAH

Seorang rakyat yg memberikan hadiah kpd seorg pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh kerena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kpd pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).


9. MENCARI PEMIMPIN YANG BAIK

Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorg khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, aitu pembantu yg menyuruh kpd kebaikan dan mendorongnya kesana, dan pembantu yg menyuruh kpd kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka org yg terjaga adalah org yg dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).

10. LEMAH LEMBUT

Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yg mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kpd mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.

11. TIDAK MERAGUKAN RAKYAT

Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merusak mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).

12. TERBUKA UNTUK MENERIMA IDEA & KRITIKAN

Salah satu prinsip Islam adalh kebebasan brsuara. Kbebasan brsuara ini adlah platform bg rakyat utk mmberi idea atau kritikan kpd kerajaan & pmimpin agar sma mngembling tenaga & ijtihad kearah pmbentukn negara yg maju. Saidina Abu Bakar brucap ketika dilantik mnjdi khalifah, beliau mnegaskn "..saya brlaku baik, tolonglah saya, dan pabila saya brlaku buruk, betulkn saya..", manakala Khalifah Umar prnah ditegur oleh seorang wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau mnerima teguran tersebut.






tidak perlu untuk memberi alasan tanpa memikirkan asal usul...


jangan terlalu mempercayai sebelah pihak sahaja...

SEBAGAI PEMIMPIN..PERLU ATAU TIDAK SESEORANG PEMIMPIN MENDEDAHKAN MASALAH NEGARA SENDIRI KEPADA NEGARA LAIN...

PEMIMPIN MANAKAH SEPERTI ITU?

BUKANKAH ITU SAMA SEPERTI ANDA PERJUANGKAN IAITU TIDAK BAGUS MENDEDAHKAN AIB ORANG LAIN SEPERTI YANG TERJADI DI DALAM POLITIK?


IRONINYA...MANUSIA TIDAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN...

SAYA HARAP ORANG YANG POST ENTRY DI GEMPAK ITU TIDAK TERLALU TAKSUB DENGAN PROPAGANDA YANG SEDIA ADA...